Thursday, February 25, 2010

PERISTIWA-PERISTIWA PENTING BULAN RABIUL AWAL

PENGERTIAN

Bulan Rabiulawal bermaksud bulan dimana bermulanya musim bunga bagi tanaman. Mengikut kebiasaannya di Tanah Arab, sewaktu bulan
Rabiulawal pokok buah-buahan mula berbunga dan seterusnya
berbuah.

Maka nama bulan ini diambil sempena musim berbunga tanaman mereka. Dan setelah kedatangan Islam, Rasulullah saw telah mengekalkan
nama Rabiulawal ini sehinggalah sekarang.


PERISTIWA-PERISTIWA PENTING BULAN RABIUL AWAL


Ada banyak peristiwa penting yang telah dicatatkan oleh sejarah jatuh bangunnya tamadun Islam di dalam bulan Rabiulawal ini
dan diantaranya ialah;

  1. Kelahiran junjungan besar kita, Muhammad Rasulullah saw. Mengikut sumber-sumber mengatakan bahawa nabi lahir pada
    12 Rabiul Awwal tahun gajah bersamaan 23 April 571M. Ini
    adalah sumber yang masyhur dan menjadi amalan umat Islam
    di Malaysia mengadakan sambutan Maulidurrasul pada 12 Rabiul
    Awwal di setiap tahun sehinggalah sekarang. Walau bagaimanapun
    ada sumber yang lain mengatakan bahawa nabi lahir pada 9
    Rabiul Awwal tahun Gajah. Perbezaan pendapat ini akan disentuh
    lebih lanjut di bahagian Maulidur Rasul.
  2. Perlantikan Nabi menjadi Rasul. Dibulan Rabiulawal inilah Nabi saw diangkat menjadi Rasul. Ketika ini Nabi saw berumur
    40 tahun. Maka dengan ini bermulah dakwah baginda secara
    rasmi di Makkah al-Mukarramah.
  3. Hijrah Tarikh hijrah adalah tarikh tibanya Rasulullah di Madinah al-Munawwarah pada ketika itu di sebut Yatsrib.
    Rasulullah sampai di Quba' pada hari Isnin 8 Rabiulawal
    dan Baginda sampai di Kota Madinah pada hari Jumaat 12 Rabiulawal
    dan Baginda menunaikan solat Jumaat yang pertama.
  4. Peperangan Banyak peperangan yang telah terjadi pada zaman Rasulullah saw diantara tentera Islam dan tentera kuffar.
    Diantara peperangan yang berlaku di bulan Rabiulawal ialah
    peperangan Safwan (Badar pertama), Bawat, Zi Amar (Ghatfan),
    Bani An-Nadhir, Daumatul Jandal dan peperangan Bani Lahyan.
  5. Wafatnya junjungan besar kita, Muhammad Rasulullah saw. Rasulullah telah wafat pada hari Isnin 12 Rabiulawal 11H
    bersamaan 7 Jun 632M. Baginda wafat di rumah isterinya Aisyah
    ra dan dikebumikan di Madinah al-Munawwarah.
  6. Abu Bakar ra. menjadi khalifah Pada hari Rasulullah wafat, para sahabat tidak mahu menangguh urusan pentadbiran kerajaan
    dan segera membai'ah saidina Abu Bakar ra di Dewan Bani
    Sa'idah. Ini adalah kerana urusan pentadbiran negara tidak
    boleh terhenti walau seketika dan ia adalah nadi sesebuah
    kerajaan. Sebahagian sahabat pula menguruskan pengkebumian
    jenazah Rasulullah saw yang diketuai oleh Saidina Ali ra
    Ahli Bait Rasulullah saw.
  7. Pembukaan Iraq Tentera Islam yang dipimpin oleh Khalid Ibni Walid ra telah memasuki Iraq dan bermulalah pemerintahan
    Islam di bumi Iraq di zaman saidina Abu Bakar ra.
  8. Pembukaan Baitul Muqaddis Salahuddin al-Ayubi telah memimpin tentera Islam menewaskan tentera Salib dan seterusnya membuka
    pintu bagi pembukaan Baitul Muqaddis pada tahun 583 H.
  9. Kejatuhan Empayar kerajaan Islam Sepanyol Kubu terakhir tentera Islam di Andalusia telah ditumbangkan oleh tentera
    Sepanyol yang dipimpin oleh Ferdinando dan Isabella pada
    tahun 897H. Bermulalah kemusnahan tempat-tempat bersejarah
    warisan umat Islam, masjid-masjid ditukar menjadi gereja
    dan muzium dan tiada lag
    i
    suara azan di negara tersebut

No comments:

Post a Comment

Donation